Sunday, December 6, 2009

“Rally Fishing Championship 2009”


“Rally Fishing Championship 2009”
klik sini

Marilah beramai-ramai kita sertai pertandingan ini.

Hadiahnya cukup-cukup lumayan


Menikmati Keunikan Taman Herba Perak Sambil Memancing

IPOH, 30 Nov (Bernama) -- Adakah berminat bercuti bersama keluarga untuk menikmati keindahan dan mengenali lebih 500 jenis tanaman herba di Taman Herba Negeri Perak, Jalan Gopeng, dekat sini, sambil memancing di tasik pada musim cuti sekolah ini?

Anda berpeluang berbuat demikian dengan menyertai Rali Memancing darat pertama di negara ini yang bermula 25 Dis hingga 27 Dis ini anjuran bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan K-Amal Corporation (M) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan K-Amal, Kamal Fakhri berkata pihaknya memilih Taman Herba tersebut sebagai lokasi rali memancing berkenaan kerana keunikannya sebagai destinasi pelancongan-agro di samping kapasiti kolam dan infrastruktur yang sedia ada.

"Rali Memancing biasanya dianjurkan di tepi laut, tetapi kami memilih lokasi ini untuk mempromosinya sebagai destinasi pelancongan unik di samping kemudahan infrastruktur yang tersedia seperti kawasan berkhemah dan parkir," katanya kepada Bernama di sini.

Taman Herba Negeri Perak seluas 15 hektar itu terletak berdekatan dengan satu lagi destinasi pelancongan negeri Perak iaitu Kellie's Castle, sebuah bangunan lama yang menyimpan kisah cinta ala Taj Mahal.

"Penganjuran pertandingan ini mendapat sokongan dan kerjasama pihak pengurusan Taman Herba Negeri Perak iaitu Jabatan Pertanian Negeri dan ia merupakan sebahagian daripada program promosi taman," katanya.

Kamal bagaimanapun memberi amaran Rali Memancing itu bukan pertandingan memancing biasa tetapi cabaran memancing yang memerlukan kemahiran tinggi dan menguji kekuatan mental dan fizikal peserta sepanjang pertandingan.

"Kami akan melepaskan lima tan pelbagai jenis ikan air tawar seperti tongsan, patin, rohu, ara dan liko untuk mencabar kaki pancing, tetapi mereka yang amatur tetapi ingin mencuba nasib sambil bercuti bersama keluarga juga boleh," katanya.

Pemenang harian dalam pertandingan ini ditentukan oleh tuah memancing ikan terbesar manakala pemenang keseluruhan berdasarkan kepada jumlah ikan terkumpul terbanyak sepanjang pertandingan, jelasnya.

Hadiah utama pertandingan harian ialah tempat pertama RM8,000, kedua RM4,000 dan ketiga RM2,000 manakala hadiah utama Rali Final RM15,000, RM7,500 dan RM3,000.

Borang penyertaan boleh diperoleh di semua kedai pancing dan kolam pancing di seluruh negeri Perak mulai esok atau pendaftaran secara on-line menerusi http://www.eshoppe-icash.com/fishing/

-- BERNAMA

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT AIDILADHA

KEPADA SEMUA AHLI SAYA
MENGUCAPKAN SELAMAT
MENYAMBUT AIDILADHA!!!!!!

Friday, November 13, 2009

Memancing di Kolam HBUK

Assalamualaikum...

Post kali ni pulak berkenaan hobi kami iaitu memancing.
pada

Tanggal : 13 september bersamaan 23 ramadhan
Waktu : 0800 pagi
Kolam dimana mata kail dibaling : Kolam Memancing HBUK
Bilangan pemancing termasuk yang tak mancing : 8 orang

sampai je suruh tangkap gambar

Fendi berjaya menumpaskan ikan talapia

Afiq sekor ikan pon die xberjaya daratkan


pada hari yang sama
waktu : selepas zohor ingat nak mancing kt HBUK tp bulan puasa ni tghari tak dibuka utk org ramai so kami berubah kolam utk baling mata kail kami di kolam arapaima
Bilangan yang mmg betul2 memancing : 5 orang
harga : 1 joran dan 2 jam rm 14.00
hasilnyer : anda boleh lihat gambar dibawah ni

segala peralatan memancing kami persiapkan kerana pagi tadi cuma anak ikan yang dapat

kelihatan para pemancing bosan kerana umpan tidak mengena

syerul hanya dapat anak seluang

Adi pulak masih bersabar menunggu ikan

lihatlah hasilnyer berkat kesabaran adi

akhirnya kami mempunyai lauk berbuka yang special



14 september bersamaan 24 ramadhan
Keesokannyer pulak kami ketagih memancing al maklumlah bulan puasa ni nak makan n minum pon xboleh jadi untuk tidak membuang masa kami yang sangat bernilai bak kata orang kais pagi makan time berbuka, kais petang pun makan time berbuka nnti kalau x kami xberlauk la jwbnyer.
hari ni rezeki alhamdulillah mencurah curah di kolam memancing HBUK dari pukul 0800 pagi sehingga 1300 tghari hasilnyer kami berjaya menumpaskan seekor ikan patin seberat 2 kilo. diulang 2 KILO. besar x besar la brother.... tapi masak tgk la masak gulai tempoyak kak long azril perghhhh sampai licin afiq makan.
ikuti butiran nyer berdasarkan gambar bukti dibawah.

anuar orang pertama yang mendapat habuan setelah melabuhkan mata kailnya

syerul ingin menebus kerugian semalam

kelihatan syerul gembira pada hari ini

solehin pula hanya bersantai kerana pagi tadi dia tidak bersahur

anuar pula hanya tau berposing dengan ikan yang aku berjaya tumpaskan




ikan talapia ni sedap kalau dimakan dengan gulai tempoyak

juadah berbuka kami


selepas makan kenelah keluarkan peluh dgn bermain bola

sekian
harap maaf kawan-kawan

credit: gambar diperolehi daripada amirulsafri

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Editor Adventure Teen Club.
semoga perjalanan pulang ke kampung selamat sampai, semoga raya pada kali ini bermakna buat semua umat islam di seluruh dunia.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
ucapan khas kepada :
All my ATC group member and all my friend at pengkalan hulu
All my DTK friend
All my friend from school until now
and all my cyber friend

"majulah sukan untuk negara"

Friday, August 28, 2009

Influenza A H1N1

Influenza A H1N1 | Laporan PERCUMA Informasi Padat H1N1



Salam Sejahtera

Tujuan laporan berkaitan H1N1 ini bukanlah untuk menimbulkan keadaan panik, rasa ketakutan dan menambahkan tekanan kepada semua masyarakat malaysia khususnya. Tujuan utama adalah timbul kesedaran bahawa wabak ini sememangnya sedang merebak di udara malaysia. Jadi sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus berbahaya ini. Oleh itu memandangkan terlalu banyak blog, forum, berita berita di televisyen dan lain lain yang memaparkan info berkenaan virus ini rasanya adalah lebih baik saya mengumpul sedikit informasi berkenaan virus influenza H1N1 didalam ebook yg disertakan pada link di atas supaya kita dapat mengambil serba sedikit tindakan menangani wabak yang menular serius kini.

Monday, July 6, 2009

Trip to Banding Island on June 2009

Assalamualaikum and good day to all readers.

In this year a trip to Banding Island has been decided on 26th June 2009, our group that contain about 8 person. 7 person from Kroh, Pengkalan Hulu and the another 1 from Tambun, Ipoh has already prepaired from the night before go to camp site until early in the morning of friday.

We arrive at the jetty at 9 o'clock from 7 0'clock around 2 hours from Pengkalan Hulu to Banding Island. Before that we stopped by at Felda
(i actually dont know what the felda name) because to collect the oil palm fruit as a bait for fishing.






beauty of nature.




beautiful isnt it the waterfall behind the camp site.
but beware of 'pacat'. I has been bitten by 'pacat' the things sucked blood.








the were doing a 'Roti Lilit'

This is 'Roti Lilit' it is so delicious but not delicious as my mom recipe.hehehe






what is the picture down above(someone was asking me for what the firecracker use in the jungle) this question small kid can answer the firecracker is use for chasing animal from our camp site. othe than that it can use to bomb the fish. Yes we have do it.
our second day
this is our caught for that day to survive in the jungle. But all of this enough to us to get energy to do another activity in the jungle. This way can train ourself to live in hard life.


our third day
this 2 persons(the picture down there) shout the challenge that have givven by the person named wan to dive the boat to jetty to get some stock of food for our last day. They have a great journey and experience adventure at the day.






our last night
having a dinner for clearing all stock of food that doesnt finished






Our last day
all of the them were sad plus happy enjoying the nature virtually untouched






from left : dd, amir, syirul, shahim(hiding behind aki), aki, wan, puteh and amirul